Monday, October 7, 2019

Akmal's gathering at Mizi Bistro

One of or Couchsurfing Penang families member kena berhijrah ke negeri lain, jadi kami buat lah dinner gathering kat dia. Tapi masa dia mai aku teroih macam, " ehh hang ni awat Akmal pakai spek malam-malam masok restoren "...



Aku dok sebelah dia masa makan, jadi aku agak berhati-hati sebab dia ada kemungkinan untuk mencuri makanan aku... Ha la, pakai spek kan, sat dok buat akaiiiii pulak.

Mizi Bistro ni ada beberapa cawangan taw, yang aku p ni dekat Krystal Point.

Saturday, October 5, 2019

The Gurney Resort Hotel and Residences

Staycation di The Gurney Resort Hotel and Residences.


The Gurney Resort Hotel and Residences, Penang.

Staycation ni kiranya kita p bercuti-cuti di tempat sendiri lah. Just nak hangout bersama family or member2 macam tu la.. kadang nak p jauh atau luaq dari Penang malaih kan nak drive-drive semua. jadi kita check-in sahaja...Mudah bukan

Friday, October 4, 2019

Jalan-jalan ke Pulau Aman


Mulanya, aku dengan ofismate aku p Ipoh sebab ada kenduri, jadi on the way balik, ninjiaa depa dok mesej dalam group habaq nak p jalan-jalan tapi tak taw p mana...

Kami pun plan nak p Ikea, tapi harammnyaa punya ramai kat sana, parking pon takdak.. Dah tu kami lajak lah p Pulau Aman. 

Mulanya, Jumie Samsudin yang beriya plan dengan depa, tapi Jumie tertidok sampai esok paginya.. Kesian. Tapi kalau hampa nak taw, Jumie Samsudin tu ialah seorang Youtubers ( lani dia ada 125 subscribers ), kalau hampa nak jumpa dia depan-depan, hampa kena sembahyang fardhu selalu di masjid usm, ada rezeki hampa akan jummpa dia...


Team Pulau Aman.

Thursday, September 19, 2019

Royal Belum Charity Program

Charity program ni diusahakan oleh my third family which is Couchsurfing Penang. Semua kos-kos adalah hasil kutipan dari group ni dan kawan-kawan lain dan kali ni kami terjah Royal Belum di Grik. Kalau biasa hampa nak p Kelantan dari Baling nanti nampaklah kawasan ni, hat ada tasik tu



Wednesday, August 28, 2019

Bergelumang di dalam Gua Tempurung

Gua Tempurung ni terletak di Gopeng, Perak. Oleh sebab bentuknya macam seperti tepurung kelapa, so depa pun panggil lah Gua Tempurung. Panjang gua ni 1.9km dan dipercayai wujud sejak800 SM lagi.. lamanyaaaa, patut berhantu !!


Team Couchsurfing Penang.

Tuesday, August 20, 2019

Apa yang best sangat di 7-11 Thailand

Apa yang best sangat dekat 7-11 Thailand dan awat Malaysia punya 7-11 macam serrrr ?? Jom kita tengok gambaq dan mari kita huraikan secara ilmiah ( sambil mencarut ).


Travel ke Lopburi dan Koh phangan

Okay, kali ni aku nak habaq dekat hampa apa yang best dan cara nak p tengok ladang bunga matahari di Lopburi dengan Koh Phangan, Thailand.

Sunflower Farm, Lopburi Thailand.

Thursday, August 15, 2019

Kisah termakan babi di Vietnam

Kali ni aku nak cerita beberapa tempat yang menarik di Vietnam, mostly di bahagian selatan iaitu bandar terbesarnya ialah Ho Chi Minh. Kalau dekat belah utara ialah bandar Hanoi.

Sand Dunes, Mui Ne.

Wednesday, August 14, 2019

Raya Qurban 2019

Raya Qurban kali ini, dekat kampung kami macam biasa buat sembelihan, tapi kali ni hanya seekor lembu. Okay lah dari tadak kan. Sekoq lagi senang buat, dalam pukoi 12 tengah hari settle semua.. Legaa pihhh..

Ni orang-orang kuat tempat kami.


Thursday, August 1, 2019

Kuala Sepetang bersama Couchsurfing Penang

Pada 2017, aku bersama group Couchsurfing Penang pernah buat trip ke Kuala Sepetang. Tempat ni terletak di Negeri Perak. Couchsurfing (CS) ialah satu website yang menghubungkan traveller di satu dunia, kiranya bila hampa daftar, hampa buat kawan dengan traveller yang lain.


Chalet dalam hutan di Hutan Paya Laut Matang.



Ahli-ahli CS Penang. Gambar berkumpulan dah hilang, maaf.

Sunday, July 28, 2019

Memancing di Pulau Rimau : Memancing adalah aktiviti paling bosan dalam dunia

Hampa ingat dalam hidop aku, aku tak pernah buat aktiviti seperti jantan-jantan Nibong Tebai buat ?? But i found out, memancing is a FUCKING BORED activities yang ada dalam dunia.. Tapi tak pa lah, benda dah jadi dan aku menyesal sampai sekarang.


Bagi yang nak buat trip memancing ke Pulau Rimau, AKU TAKDAK CONTACT, sebabnya kawan aku yang urus semua benda ni. Kalau hampa nak p Pulau Rimau, hampa boleh check harga dekat tempat nelayan ( sebelah Naza Cafe Seagate ), just direct tanya abang-abang yang bawak bot dekat situ.

Biasanya depa akan buat trip, either hampa nak p buat a day trip dengan dia, atau nak mintak dia hantaq dan pick up balik.


Thursday, July 25, 2019

Kisah seram di Sedim : Penunggu atau Penanggal ?

Dua tahun lepas, kami ada ber-camping di Sedim, Kedah. Memandangkan kami suka outdoor, memang akan jadi eksaited bila nak p camping...

Sapa "kami" tu  ? Kami terdiri daripada 4 lelaki gila babi iaitu aku, Ejump (Borneo), Ahmed (Iraq) dengan Miro (Slovakia).


Sedim, Kedah.


Tuesday, July 23, 2019

Hiking di Ton Nga Chang Hatyai bersama Abang JPAM

Kali ni nak cerita tempat hiking di Gatyai..Jarang orang p Hatyai untuk hiking sebab tak banyak info, tapi kalau hampa baca sampai habis, hampa nanti akan teruja jugak nak p hiking dekat situ.




 V World Hotel, Hatyai.

Memandangkan kami ni dua dua jantan, jadi kami pon dok satu bilik yang sama, murah ja RM60 untuk dua orang semalam. Hotel ni dekat dengan Hatyai Train Station, tapi hampa kena naik jejantas untuk lintas landasan kereta api taw.