Dua tahun lepas, kami ada ber-camping di Sedim, Kedah. Memandangkan kami suka outdoor, memang akan jadi eksaited bila nak p camping...
Sapa "kami" tu ? Kami terdiri daripada 4 lelaki gila babi iaitu aku, Ejump (Borneo), Ahmed (Iraq) dengan Miro (Slovakia).
Sapa "kami" tu ? Kami terdiri daripada 4 lelaki gila babi iaitu aku, Ejump (Borneo), Ahmed (Iraq) dengan Miro (Slovakia).
Sedim, Kedah.
Hampa pernah p Sedim tak ? Kalau pernah p senang sikit aku nak cerita sebab hampa boleh bayangkan tempat tu macam mana.. Adakan satu titi yang titi tapi akan ada budak-budak dok melompat terjun..
Yess..Kalau hampa lintas titi tu dan ke arah kanan, akan ada satu bekas tapak resort (lani depa buat tempat simpan barang kayak). Dekat dalam kawasan tulah kami camping sebenagnya.
With Ahmed.
Ejump.
Aku dah tanya dekat abang yang empunya tempat tu kebenaran untuk bermalam dekat situ, dan dia kata okay. tapi dia pesan lagu ni " kalau dengaq apa-apa malam ni, jangan lari ". Ingat dia melawak..rupanyaaaa betoiiii !
Gangguan pertama :
Kami 4 orang lepak tepi sungai, dah gelap waktu tu. Tiba-tiba ada dua cahaya yang mai dari arah sungai dan dok menuju ke arah kami. Ada dua cahaya lampu. Mulanya kami ingat mungkin renjer mai untuk cari orang atau buat spot check.. tapi kami salah
Contoh macam ni, tapi ada dua cahaya. Sumber google.
Lama-kelamaan, cahaya tu semakin dekat dan kami pun lari ke khemah dan dudok saja buat tak taw. Semua macam terdiam sat. Lama-lama cahaya tu hilang.
Gangguan kedua :
Masa tengah nak bancoh teh, aku sorang dekat luaq khemah, masa tu dah rasa ada something dekat belakang aku tapi tak berani nak toleh tengok. Aku suruh Ejump mai dekat aku, dia tengok muka aku teroih dia tunduk dan tak cakap apaaaa... Pelik nya Ejump ni...
Dan dalam masa yang sama, putaran angin memang kuat, dan angin tu macam dok keliling kawasan kami sahaja..
Jam 3 pagi. Aku bukak mata dari tidok sebab aku rasa ada orang tengah berdiri, dan YESSS, bila aku bukak mata, memaang ada satu lembaga hitam tengah berdiri dalam khemah kami. tak sempat nak jerit, makhluk tu tindih aku...
Aku jerit Allah........sekuat hati. Miro yang baring sebelah aku tersedaq dan terkejut..pastu dia pon tolong lah aku bagi minum, bagi rileks sat, tak boleh bernafas waktu tu...Anyway, kami tidok 4 orang dalam satu khemah tu. Pastu kami semua berpura-pura lena walaupun semua tengah gok gabraaaaa..
Gangguan keempat :
Lebih kurang pukoi 4 pagi lebih, aku terdengaq suara Ejump kata macam ni " wey, ada orang nak tarik hang " ..aku bukak mata dan yessss, sekali lagi nampak lembaga hitam berdiri dekat hujung kaki aku pastu hilang..
Aku toleh tengok Ejump, tapi mata dia tertutup. Eh, suara Ejump, tapi awat dia lena. Sampai pagiiiii kami tak lena tapi kami 4 ekoq berpura-pura tidok. Of course lah, rasa nak terkencing tapi dok tahan...
Dah cerah baru kami keluaq dari khemah. Aku tanya Ejump, awat masa aku panggil dia masa di ganngguan kedua tu, awat dia tunduk, Ejump reply :
" AKU NAMPAK MUKA LELAKI TUA ADA SEBELAH HANG, AKU TAKOT NAK PANDANG ORANG TU "....
Cerah ja kami teroih la cabut !! Tunggu apa lagi...Kami kemas-kemas dan ke Tree Top Walk yang ada di sebelah ayaq terjun tu, kena bayaq taw.. Tapi cantik lah hampa tengok pemandangan...
Dan ini merupakan kali terakhir aku camping, sekarang AKU PENCEN, atas alasan aku fobia dah.. HAHAHA.
Nah, nikmatilah gambar di Tree Top Walk.
Menarikkkk..hampa patut cuba canopy walk ni !
No comments:
Post a Comment