Thursday, September 19, 2019

Royal Belum Charity Program

Charity program ni diusahakan oleh my third family which is Couchsurfing Penang. Semua kos-kos adalah hasil kutipan dari group ni dan kawan-kawan lain dan kali ni kami terjah Royal Belum di Grik. Kalau biasa hampa nak p Kelantan dari Baling nanti nampaklah kawasan ni, hat ada tasik tu





Rohan dok bagi briefing dan bacaan doa.

Sesi pembahagian cenderahati

Dari penang mau jugak drive dekat 3 jam. Naseb lah kali ni aku tumpang kereta orang, besala aku pemalaih nak drive. Sesudah sampai, kami rilek2, makan malam dan jugak kami buat pembahagian cenderahari. Ada lebih kurang 30 kanak-kanak nanti dekat perkampungan orang asli tu.
Dalam beg kami tu ada la coklat, keropok, ayaq vitagen, coloring book, pensil kaler dan macam-macam lagi.

Bangun pagi nampak view ni, sempoi kan.





Oleh kerana house bot sangat lah perlahan jalannya, kami ni bosan sikit lah.. Berejam weyy nak sampai. Lagi pun, bot tak boleh lagu sebab di dasar tasik ni banyak pokok-pokok apa semua, sat g depa terlanggak kena kipas bot mampoih.. Jadi biar lambar asal selamat.

Awai-awai semua ceria, pastu semua muka dok mai toya dah.. Tapi masih lagi cool.

Belle dengan aktiviti tidoknya tak habeh-habeh


Zumba di awai pagi.




Makan.


Team kami ni mau dekat 30 orang dari beberapa negara, ada dari Malaysia, India, US, Spain, Iraq dan lagi aku tak ingat.

Hampa perlu bersabaq taw, perjalanan memang lama. One point to another point ada dalam 4 jam ditambah pulak takdak line telepon.. Jadi inilah masa hampa untuk bersembang, makan, tidok dan main kad.



Perkampungan orang asli.

Pengagihan barang-barang.





Seperti yang diceritakan oleh Tok Batin dekat kampung ni, budak-budak ni ada jugak la p sekolah tapi jarang-jarang sekali. Tapi kalau nak p, sekolah depa jauh sangat, maksudnya kena naik bot berejam-rejam, jadi depa pilih untuk tak hantaq p sekolah.


Ni kami buat pertandingan mewarna.


Memang sporting habih budak-budak ni walaupun tak banyak berkomunikasi.


Destinasi kedua

Selepaih tu, kami nak bot balik dan menuju ke Sungai Kooi. Kena jalan sikit dalam hutan nah then ada kena part hiking jugak.

Hampa jugak boleh sediakan pakaian sukan siap-siap dalam bot, so bila sampai hampa tukaq. Contohnya kasut dan seluaq yang sesuai.






Makanan disediakan oleh pihak boat house.

Breakfast, lunch dan dinner akan disediakan oleh orang bot ni, kiranya depa ni ialah isteri dan anak-anak pemandu bot. hampa tak payah risau okay.


BBQ Dinner  !



Esoknnya kami singgah lagi satu ayaq terjun.

Kesimpulannya, trip macam ni sangatlah mengeratkan hubungan kami selain dari belajar sikit-sikit kehidupan orang asli dekat sini dan dapat tengok dengan lebih dekat cara kehidupan depa. Walaupun tak lama dapat spend masa dekat perkampungan orang asli tu, tapi hajat kami sampai jugak lah untuk menyerahkan sedikit saguhati kepada depa. 

Terima kasih kepada yang menderma, ada masa kami akan buat lagi aktiviti macam ni. Bye

No comments:

Post a Comment