Tuesday, August 20, 2019

Travel ke Lopburi dan Koh phangan

Okay, kali ni aku nak habaq dekat hampa apa yang best dan cara nak p tengok ladang bunga matahari di Lopburi dengan Koh Phangan, Thailand.

Sunflower Farm, Lopburi Thailand.


Sunflower farm dekat Lopburi Thailand ni ada musim taw, dari bulan Oktober sehingga hujung January. Kalau hampa salah bulan, hampa hanya akan tengok batang pokok sahaja.

Dari Jeti Penang ke Butterworth, via ferry.

Stesen KTM Butterworth - Padang Besar.

Stesen Padang Besar.

Thailand punya train. Padang Besar ke Hatyai

Kalau hampa nak p Hatyai naik train dari Butterworth, digalakkan amik train jam 7.20am (Butterworth) dan akan sampai Padang Besar  lebih kurang jam 9.30am.

Di stesen yang sama, hampa kena cop passport dan beli tiket train untuk ke Hatyai. Tapi jangan risau, kat situ nanti ada pegawai imigresan yang akan tolong, ikot ja arahan depa.


Sunset


Bangkok train station.

Dari Hatyai aku amik direct train ke Bangkok. Biasanya aku amik yang pukoi 6 petang punya, so boleh lenaaaaaa dan akan sampai Bangkok keesokannya dalam jam 10 pagi.

Dapat kawan dalam train.

Bangkok train station.


Kalau hampa malas nak buang masa dalam train, amatlah digalakkan amik flight ja dari Hatyai. Bosan woii, dan aku tak mau dah naik train p Bangkok, mungkin sebab dah tua kot, tak larat.

Dari Bangkok station, aku p pulak Lopburi. Train dalam 2 jam lebih. Fucknyaaaa letihhhh  !!



Tapi tengoklah hasilnya
.
.
.
.
.
It just WOW !!!




























Kami tumpang truck !

Sambil tu kami mengumpat makan kuaci.

Merak. Dulu aku ada kawan, aku panggil dia merak, sebab dia sombong dan berlagak macam best !
Besala orang KL. Serrr  !! Alhamdulilah lani dah tak kawan.


Lopburi town.

Town Lopburi ni punyalah banyak monyet !!!! Jahat jahat taw, monyet tu rampas satu pompuan mat saleh punya botoi ayaq depan aku..

Lopburi - Bangkok

Jadi kami bertiga pun buat keputusan untuk patah balik ke Bangkok. Kena pulak satu train dengan budak balik sekolah...Serrrr  !!!

Akhirnya kami stay di Khosan Road, OMG best  !!



Temple.

Aku tak berapa IN sangat town Bangkok ni... Banyak temple dengan shopping mall ja. Semaklah sikit.


Pada malamnya aku amik bas untuk ke Koh Phangan.

Kawan-kawan dalam bas.

Nek ferry pulak.. Fucknyaaaa letih.

Pengarah filem Tamil, dia lah kataa.



Haaa, deni aku penah hosting dia dekat Penang dulu. So aku p balik dekat dia since dia stay dekat Koh Phangan.

Pad Thai.

Hostel

Kali ni aku stay dengan kawan aku, nama dia Avier. Tapi masa aku sampai sini, dia still lagi dekat Penang, AKu ada kunci bilik dia. So aku melepakk sambil tunggu dia mai dua hari kemudiannya.

Belakang hostel ada yaaq terjun !!!

Akceli belakang rumah aku pun ada ayaq sungai, tapi aku tak teruja.




AKu cuba untuk tidok di dalam hutan, tapi lari..sebab takot !!!


Ni jiran aku. Russian jugak..

Ni pun jiran. Kawin dah depa ni.

Haaaa, kami dok berkawan sampai lani.


Avier bongok ! Bangun lambat sampai aku hampir terlepas ferry  !

Dari Koh Phangan, aku balik ke Hatyai, dan dari hatyai aku direct ke Penang. YES, trip kali ni hanyalah untuk membuang duit, masa dan hanya mendatangkan keletihan.. hahaha.

Tapi best lah, dapat geng baru. BYE !!

No comments:

Post a Comment