Wednesday, August 14, 2019

Raya Qurban 2019

Raya Qurban kali ini, dekat kampung kami macam biasa buat sembelihan, tapi kali ni hanya seekor lembu. Okay lah dari tadak kan. Sekoq lagi senang buat, dalam pukoi 12 tengah hari settle semua.. Legaa pihhh..

Ni orang-orang kuat tempat kami.




Geng-geng brother yang mai buat kerja.

Kalau hampa nak taw, kalau hampa cari lembu sendiri, hampa kena cari jugak orang untuk buat sembelihan dan melapah. Tapi kalau hampa amik pakej, lagi senang.. Depa mai bagi lincin semua.. Tapi hampa kena la tolong menolong supaya cepat siap.  


Sebahagian daripada rakyat Kampung Melayu.

Abu dok buat hemsem. Dia sengaja pakai baju putih supaya tak payah buat kerja. 



 Salah satu benda ajaib Ajo boleh buat, iaitu angkat tangan untuk aminkan bacaan doa 
(tapi bukan dia yang baca).



Aiman, Cikgu Syed dan jugak Yan yang tengah membasuh pondok.


Kami ada persembahan khas, iaitu tarian zapin. Tengok tu ada penari zapin dok berjalan.

By pukoi 12 lebih tengah hari kami dah settle semua kerja, lalu keseronokan raya haji aku teruskan di Parit Buntar, rumah Norma.



 Betik masak lemak cili padi.

 Nasi impit, rendang ayam, laksa, kerabu... Maigaddd, semua sedap.


Aku terkejut Norma ni boleh masa.. Patot lah dekat ofis selalu nampak dia buat potluck, tapi tak pernah jemput aku join dia..

Pesanan untuk Norma : Kalau berani hang buatlah lah potluck dekat ofis tanpa jemput aku, aku nanti tolak hang dari tingkat 12  !! 

 Geng Couchsurfing Penang



 Lui kena buat kerja.




Ban Pecah, Parit Buntar.

Kami teruskan ke Ban Pecah. Memandangkan time ni public holiday, jadi ramai mat rempit dok menunjukkan aksi.. Nervesss sat terlanggak mampoihh..


Ban Pecah ni hanyalah tempat untuk lepak tengok sunset, merasaikan kesejukkan angin, dan aku percaya kalau malam-malam mesti akan ada orang dok beromen di tepi batasan sambil membasahkan jalan raya di situ... serrrr  !! Tapi cantiklah pemandangan sana ! Nak p lagi nanti...

 Ammar dari Palestin.

 EEE.. Dagu aku nampak hilang..




Sekian sahaja aktiviti pada hari Raya Kurban. Walaupun letih membuat persiapan sebelum hari raya, tapi memang best.. Tapi rasanya tahun depan nak travel lah time raya haji...




1 comment: