Tuesday, July 23, 2019

Hiking di Ton Nga Chang Hatyai bersama Abang JPAM

Kali ni nak cerita tempat hiking di Gatyai..Jarang orang p Hatyai untuk hiking sebab tak banyak info, tapi kalau hampa baca sampai habis, hampa nanti akan teruja jugak nak p hiking dekat situ.




 V World Hotel, Hatyai.

Memandangkan kami ni dua dua jantan, jadi kami pon dok satu bilik yang sama, murah ja RM60 untuk dua orang semalam. Hotel ni dekat dengan Hatyai Train Station, tapi hampa kena naik jejantas untuk lintas landasan kereta api taw.




 Abang JPAM kelaparan tahap dewa di langit ke 8.






 Ulam yang diberi tanpa diminta.

Ada satu perangai kedai Thai ni, hampa dudok ja depa teroih akan mai letak ulam ulam setalam. Tapi kalau p kedai tomyam dekat Malaysia, nak kena mintak baru bagi..tu pun akan bagi 3 hirisan timun, harammm kedekut  !!




 Upacara Diraja.

 Murah kan. 25bath untuk juice.


 
 Jejantas.

Rupanya kalau lintas ke arah seberang melalui jejantas di train station ni lebih banyak kedai kedai local. Lagi best dari town Hatyai yang serabut dan ramai rakyat Melesia.


 Gambaq kat bawah ni pulak kami jalan-jalan di market depa.

 Nasi Kerabu Kekasihku Di Jalanan Yang Berliku.




 Tadaaa..Meriah makcik ni, tah la dia cakap apa.



 Ya Allah, indahnya ciptaan Tuhan...


 Rumah deni ada bassss... Sempoi  !



 Cara nak pergi ke Ton Nga Chang

1. Sewa moto (paling mudah) - dan drive ikot ke arah barat Phet Kasem Rd (Route 4), dan terus ikot Route 4287 ke arah Satun, dan pusing kiri pada Route 4026. Pening kan ?? Dekat Thai ni highway depa pakai nombor..Hampa gugel ja lah senang  !!

2. Naik tut-tut ( mahai ) - sebab mahai ialah ayaq terjun ni lebih kurang 30km dari town, pastu mestilah kena bayaq duit drebar tu nak tunggu hampa pulak kan. Mau dekat 1000bath untuk pergi dan balik.

Kena bayaq 200 bath untuk hiking bagi rakyat asing, kalau orang Thai depa bayaq 20 bath ja


 








 Infiniti pool wey.....BEST  !!!



Ton Nga Chang ni ada tujuh level, tapi view yang paling cantik ialah dekat level 3, iaitu tempat kami stop ni. Nak hiking lebih kurang dalam 20-30minit ja. Tak susah pun tapi ada art kena kerabat-kerabat sikit.


 Serigala jadian sedang berdiri sambil mengaumm..



Okay, picture dekat bawah ni pulak di ambil dekat kawasan bawah ayaq terjun, banyak ikan koi..ikan tu nanti mai dekat kaki hampa...geli namati  !!






Sebetulnya dari Hatyai ni kami ke Trang sebab Zalinah tak pernah ke sana lagi. Memandangkan aku di dalam mood exam, jadi aku tak join aktiviti island hoping di Trang, aku hanya stay dekat hotel di Trang untuk study, dalam bas aku study, dalam train pun aku study. Alhamdulillah lulus jugak paper yang susah itu akhirnya...

Hidangan kami yang terakhir sebelum kami pulang ke Penang di kedai orang local berdekatan dengan V World Hotel di Hatyai.

 
 Otak-otak Keegoanmu Kesilapanku.

Serawa ubi Andai Ini Takdir Kita

Bagi aku, trip ni hanyalah untuk melarikan diri daripada Hari Raya, hahahaha.. Kebetulan pulak aku ada exam sehari selepas sampai di Penang, kami sampai Sabtu, Ahad aku exam.... Jadi aku hanya rilek-rilek dok hotel baca buku.


No comments:

Post a Comment