Thursday, August 15, 2019

Kisah termakan babi di Vietnam

Kali ni aku nak cerita beberapa tempat yang menarik di Vietnam, mostly di bahagian selatan iaitu bandar terbesarnya ialah Ho Chi Minh. Kalau dekat belah utara ialah bandar Hanoi.

Sand Dunes, Mui Ne.


Memandangkan aku overland dari Naning, China masuk ke Vietnam melalui bandar Hanoi, makanya aku terpaksa bermalam di Hanoi sebelum naik local flight depa (Vietjet). Ini kerana kalau hampa ada banyak masa, barulah hampa boleh naik bas atau train dari Hanoi ke Ho Chi Minh..Jauhhh nakramm..

First sampai dekat Hanoi, aku just explore depa punya night market dan hostel aku pun adalah di kawasan berdekatan. Aku hanya dekat Hanoi ni satu malam sahaja, jadi tak sempat pun tak buat yang paling popular dekat sini iaitu naik cruise di Halong Bay.


Hanoi Night Market.

Halong Bay. Sumber Google





Park di tengah-tengah bandar Hanoi.


Hair Cut version tepi jalan.


Dia dok berdoa supaya Pakatan menang untuk PRU akan datang. Haha

Bila dah sampai Ho Chi Minh tu dah dekat awai suboh, jadi aku dok nganga dekat airport sampai cerah. Bila dah cerah aku direct ke hostel, check in pastu terus amik trip ke Mekong River.


Lebah mau ketik pek mat saleh tu baru dia ada akai.

Masa trip ni jugak, depa akan bawak hampa ke beberapa tempat. Contohnya tengok lebah (tak excited pun sangat tengok lebah ni.

Mendayung sampan.

Mekong River.

Sejujurnya aku tak enjoy mendayung sampan ni. Serrrr penat rahhh. Dah la hangat. Anyway, topi daun mengkuag tu depa akan bagi, pinjam ya bukan amik teroih.

Depa rendam binatang berbisa, pastu minum ayaq tu untuk dijadikan ubat. SERRR  !
Scorpion pon ada.

Ikan apa tak taw la pelik.

Untuk hampa yang amik pakej Mekong River ini, habaq siap-siap hampa nak makanan halal ataupun hampa nak makan vegeterian. Dekat sini lah aku termakan grilled pork. Dah habis makan baru aku tanya kat waiter tu, " it that a pork or chicken ? " and she replied " that is grilled pork "

Aku rasa masa ni nak amik ayaq semayang teroih semayang dekat restoren tu... FARK ! Dah la aku tak puasa ( trip bulan Ramadhan ). Hahaha

Buaya yang pemalas. Tapi kesian macam sempit.


Masa sampai di Ho Chi Minh, aku dah text siap-siap kawan aku yang kebetulan ke tempat sama.Soughba dari India, tapi dia stay dekat Penang. Kami pack barang after Mekong River trip dan amik bas direct ke Mui Ne.



Kami sampai dekat Mui Ne ni around pukoi 2 pagi, dan trip kami seterusnya ialah jam 5 pagi. macam tak logik pulak kan nak cari hostel. Okay ja tidok macam ni sat, janji lena....




Jeep macam dalam cerita La Chicas de Cable. ( Spanish 1920's ).

Kami sewa ATV di padang pasir. BEST baq hang !

Hampa layan beberapa lagi picture padang pasir, nama tempat ni ialah Sand Dunes.










ATV yang tersadai.

Kan kami sewa ATV ni, tapi tak sempat amik gambaq bila kami drive. Soughba drive aku dok belakang. Ada satu part tu, ATV kami terbalik kawww punya. Pastu kami terpelanting jatuh, dan kaki Sougbha terkena tayar dan calaq berdarah kaki dia.

Then kami p Fishing Village



Pastu jalan-jalan di dalam sungai, Beratus meter dok berjalan, tapi best  !!







Dari Mui Ne, kami ke Dalat. Tempat ni ala-ala Cameron Highlands. Best wey  !
Masa dekat Dalat ni jugak kami dok satu hostel bersama Zalinah Nordin dan KarKay. Tapi hanya sat malam sahaja, lepaih tu kami berpecah. Biasalah, solo traveller semua akan ada plan masing-masing kan.



Pak Cik buat arak di rumah dia.

Ni rumah pak cik tu.

Gereja.






Aku syorkan jangan cuba.


Dari Dalat, aku pi Vung Tau, dan melalui Couchsurfing, aku dapat kawan dengan orang local dan jugak laki Indonesian.

Jom layan beberapa gambaq di Vung Tau (tempat ni tak popular sangat bagi foreigner ).






Depa dok beryoga.



BEST nya moment ni. Kami dok termenung tepi jalan yang tak dak kereta sambil tengok pelangi  !!! LGBTQ sangat  !



Malam tu kami tidok dekat rumah pompuan Vietnam ni. Kami bertiga dok satu bilik. Pagi-pagi nya jam 7 pagi, aku naik mini van ke Ho Chi Minh, pastu naik teksi moto ke airport dan fly ke Kuala Lumpur. Actually ada direct van ke airport dari Vung Tau ke airport, tapi kami tiga ekoq terlajak tidok, dan aku terlepas bas yang direct tu !


Bagi hampa yang nak p Vietnam, cuba elakkan untuk stay lama di town besaq depa contohnya Ho Chi Minh, dua malam sudah. Sebabnya dekat situ penoh dengan manusia, moto. Hampa patot explore town yang lain-lain

Sekian bye.

No comments:

Post a Comment