Saturday, October 5, 2019

The Gurney Resort Hotel and Residences

Staycation di The Gurney Resort Hotel and Residences.


The Gurney Resort Hotel and Residences, Penang.

Staycation ni kiranya kita p bercuti-cuti di tempat sendiri lah. Just nak hangout bersama family or member2 macam tu la.. kadang nak p jauh atau luaq dari Penang malaih kan nak drive-drive semua. jadi kita check-in sahaja...Mudah bukan




Harga bilik ialah RM 140 dari www.booking.com (hari biasa taw, kalau weekend memang tak akan dapat lah ). Aku p dengan member sebab kami ni spesis sama, iaitu cuti hari biasa, weekend kerja...

Number bilik.

Jom kita ushar dalam bilik ni macam mana. Actually bilik ni adalah yang paling murah punya kat hotel ni. Kalau hampa tambah lagi around RM 40 mcm tu, hampa akan dapat bilik yang facing the sea..Tapi tak kesah lah kan nak facing apa pon..


Ada working space okay dalam ni. Sesuai la sapa-sapa nak p check-in hotel sambil buat kerja. (tapi rugilah check-in sambil buat kerja, better hampa p Digital Library, percuma !)


Luaskan bilik

Tapi TV style lama sikit..Tapi okay lahh, zaman la orang main fon dari tengok TV. Malamnya ada member kami lagi mai join, so kami hampaq blanket depan TV tu sambil golek-golek dan makan.



Tong sampah rotan. Boleh la buang otak hampa dalam tu.

Tudia, saiz 47 m2.




Panic Room.

Haaaa, aku pun tak taw apa function bilik nih, tapi aku anggap ia adalah panic room. Kalau hampa dok tengah baring-baring pastu rasa nervous macam mana kaaaaa, hampa masok dan recharge dalam bilik kecik nih.

Pemandangan dari dalam bilik, selain tu nampak jugak laut terbentang lawaihh !


Jom kita ushar toilet pulak
.
.
.
.

.
Ada dua pilihan cara untuk mandi, tapi dua dua hampa boleh berbogel tanpa sebarang masalah.

Bak kata kawan aku yang pernah kerja hotel, dia habaq hotel yang baru buat lani, dah banyak buang bathtub atas faktor keselamatan. Orang tak prefer dah bathtub, tapi aku masih suka, why not kan, untuk budak-budak, YES bahaya.!


Tingkap dari dalam toilet


Ni kalau dari sebelah lagi, tapi tak boleh bukak.


Depa bagi jarum dengan benang sekali okay, bagoih betoi !



Ninjiaaa, depa ada fon teroih dekat toilet bowl

Hampa tak payah bawak hand phone masa berak, hampa pakai ja fon hotel ni sediakan.

Selain tu dalam toilet ada la wardrobe, seterika, peti cash, hair dryer. 

OKAY, kita tengok pulak pool depa ! Best bakk hianggg !

    
Sempoi kan suming foo depa ni, Tapi hat ni yang untuk orang dewasa punya laaa. 
Yang bestnya kalau hampa p weekdays nih, takdak orang sangat wey..

Infinity pool
Tapi bawah tu nampak la trafic jemm, pastu nampak depa dok tambak tanah depan tu.



Seterusnya suming foo untuk kanak-kanak pulak. bagoih hotel ni, depa seperate kan, baru tak bahaya, hampa taw jalah budak-budak zaman lani buwaih macam mana ka punya dok mai.





Nihhh nak habaq bagi, depa jugak ada entertainment area.



Ni aku tak reti main sampai lani

 




So.. bilik dekat The Gurney Resort Hotel and Residences sangat lah berbaloi dengan harga dan saiz dan kalau hampa book online, hampa kena pandai cari lah online pon, pastu jangan lupa login / register dulu dekat website sebab ada kadang tu harga akan murah sikit....





Bye.






































No comments:

Post a Comment