Tuesday, November 5, 2019

Irama Dining

Pertama sekali, nak ucapkan terima kasih kat tuan empunya restoren Irama Dining sebab sudi jemput aku untuk majlis pembukaan depa baru-baru ni.
.
Hampa mesti dok dengak dah kan nama Irama Dining ni, jom mai tengok gambaq yang sempat aku amik, sambil kita komen makanan depa.


Ninjiaaa makanan depa. Ni yang main course.



Senarai makanan :

Starter :

Ayam Pandan
Pulut Kelapa
Kerang Rendang

Main Course :

Pais Barramundi
Chicken Percik
Smoked Duck Masamman Curry
Kerabu kacang Botol Kerang
Sambal Hijau Petai
Raitar
Air Asam Kerisik
Nasi Beringin

Dessert
Bubur SumSum

Depa mulakan majlis dengan ucapan kata aluan, pastu tarian.. Sambil menikmati makanan, ada tariannn weeyyy !!!


Ayam Pandan, Pulut Kepala, Kerang Rendang.

Subhanallah, sedap namati suapan pertama depa nih  !! Ditambah pulak aku dok satu table dengan wanita-wanita yang makan sikit-sikit.. Memang lah rezeki aku.

Masa kami p pembukaan ni, yang hadir ialah dari pihak media, VIP dan ahli keluarga.



 Kerabu Kacang Botol Kerang. Rangop !


Pais Barramundi. Sebenagnya ini adalah ikan taw, pastu depa boh rempah apa ka. Aku tak reti nak explain nama-nama benda depa guna...Aku bukan taw masak pon gilaaa.

Ninjia sekali lagi, kerabu !


Haaa, nampak tak ?


Yang aku nak highlight kat sini ialah
.
.
.
.
.
.
.

Smoked Duck Masamman Curry

Sekali gigit itik ni, hampa akan rasa macam diri hampa terapung di langit selama 7 minit, pastu hampa akan kembali ke dunia nyata   !!!   Sedap oiiii !!


Raitar, Air Asam Kerisik, Sambal Hijau Petai.

Semua aku makan, kecuali daun pandan tu ja... PEDULIK geng-geng media lain.
Orang jemput kita untuk makan kan, kita makannn !!!

Dari segi harga pulak, depa ni bukan offer macam harga makanan di Astaka Padang Brown nah.. Dah tempat cantek dan makanan sedap dan dihias rapi, mesti la selaras... Tapi bagi aku, sekali sekala, YESS sangat berbaloi sebab memang susah nak dapat kualiti makanan macam ni, even hotel pun kalah.




Dessert !

I LOVE YOU IRAMA DINING

 Hampa taw dak ada satu lukisan besaq kat dalam restoren ni. CANTEK ! sangat instagramable.


Tengok la ruang makan yang depa sediakan, Kerusi yang selesa, aircond, lampu dan jugak musik klasik melayu. Mana nak dapat dah lani kedai-kedai makan bukak lagu klasik melayu, semua dok pasang lagu Lizzo.


Ruang makan open air.

Kat tingkat aatas ni, boleh la sapa nak bawak kapel mai canddle light dinner, ataupun sapa yang cinta dihalang keluarga..Orang tak nampak kat ataih ni okay, privasi sikit.. Satu lagi, gologan yang kurang upaya pun mudah untuk masuk ke restoren sebab ada lift disediakan..


Alamat : 2nd Floor, 2, Penang St, George Town, 10200 George Town, Penang
Fon : 012  914 0908







No comments:

Post a Comment