Tuesday, May 21, 2019

Makanan di Thailand

Makanan di Thailand.

Entry kali ni kita cerita pasai makanan Thai sahaja semasa percutian ke Hatyai, Trang dan Kerabi hari tu. Ok jom mula..

Makanan di kerabi.

Disebabkan kerabi ni tourist spot, makanya harga pun mahai dan kami pulak kena yang tak sedap di beberapa tempat.


Ala ala macam bihun goreng sikit kan. Yang ini dekat kerabi, mahai  !! dalam 110 bath. Just nice sahaja. Location ialah di depan Hotel Apasari.



Popia dekat ala ala food court. Ayoo menyesai beli. 5 keping 100 bath.





Tomyam campoq di tempat yang sama, harga dalam 180 bath, tak sedap dan mahai.




Ayam grill. Ni okay sikit.




Nama makanan ni ialah, sotong yang tenggelam dalam nafas chinta tepung. PENIPU ! tepung punya tebai. 3 ekoq 100 bath.



Pizaa ni ja sedap. Seafood pizza. harga 180 bath.


Bawah ni pulak makanan di Trang Night Market. ~ Murah dan sedap. Lagi satu sini memang tak ramai pelanchong







Cucok udang. Harga untuk sebekaih ni ialah 30 bath.




Bahan-bahan untuk membuat kerabu sedap namati.



Hampa pilih la nak udang apa ka, kerang, siput semua booleh campoq. pastu depa boh jagung, mampelam sikit, sos nampla, cabai dengan perahan lemon.




Harga 130 bath macam tu.



Nasi beriani satu set ni 45 bath. Murah dan sedap. Jangan dok compare dengan kapitan punya sebab kapitan ketinggalan jauh di belakang.



Kerabu maggie. Tak dak lah gila gila punya sedap. Just nice.




Mix salad yang dimakan dengan kuah kacang.



Sotong bakaq dan depa bagi sos cabai melaka.. Goshhh !!!



Kan ada part yang depa akan bagi lunch kalau hampa amik pakej island trip dekat Trang, jadi ni lah makanan yang depa akan serve. LAKSAM lemak pedaih macam mana ka.
Maaf picture ni separuh ja.



Lauk yang depa bagi ialah ayam goreng, kerabu mangga, ikan masak lemak, sambai, ikan goreng, kerabu suhun.


 Seterusnya ialah makanan di Hatyai. Walapun ada dekat sini sejam ja, tapi makan tetap wajib, sat gastrik susah pulak kan..nama kedai ni ialah Malia Restaurant, dekat dengan stesen kereta api Hatyai.


Otak otak depa bungkuih macam tepung pelita, lepaihtu depa banyak boh rempah rempah supaya lagi sedap. Tak menyesai cuba.



 Bihun sup puteh berseri.















No comments:

Post a Comment