Sunday, January 19, 2020

Gunung Jerai, Alor Setar

Ni mai nak cerita kat hampa macam mana nak p Gunung Jerai di Alor Setar. Senang saja weyy, hampa drive saja ikot papan tanda. Kalau dari highway tu kan, hampa keluaq ikot exit Alor Setar pastu teroihhh sahaja.

Iwan, Sarah, Capa, Yan



Di kaki Gunung Jerai tu kan, ada la tempat makan apa ka, ada toilet, orang juai-juai. Kalau hampa tak mau berhenti, hampa teroih saja drive naik. 

Jalan raya untuk naik ni, ada yang okay, ada yang kona tajam, ada yang mencanak naikkk. Jadi, hampa kena pastikan kereta hampa memenuhi kehendak kebolejkerjaan jalan raya okay. 



Tada.. sampai dah kat puncak. Masa drive mana boleh aku nak snap picture, nak mampoih kaaa.. sat eksiden !


Kat ataih Gunung Jerai tu ada la resort. Ni link untuk resort tu.  The Regency Jerai Hill Resort

https://www.theregency.com.my/TheRegencyJeraiHillResortV2.0/AboutusPage.aspx

Elokkkk wey tempat ni, harga bilik start dari rm300 dan ke atas. Hampa boleh check dekat booking.com dan lain-lain


Lawa wey pemandangan di sini.




Strawberry Farm

Untuk pengetahun hampa, segala benda yang dok ada kat ataih ni kena bayar. Contoh strawberry farm, botanical farm, nak naik flying fox pon kena bayaq. Tapi okay lah, bayaq tu semua untuk nak bagi tempat tu elok. Parking kereta pon kena bayaq okay. 














Tengok muka Sarah. Hahahah



Kat ataih Gunung Jerai ni jugak ada cafe. Price okay. Boleh la hampa minum teh, makan kek, kopi kopi apa kaaaa...

Deni berlakon ja main benda ni, aku syak dia tak taw apa dia tengah buat.

Ni lagi penipu. Hahahaha

Tah la bilik apa, tapi masa ni kami selamatkan diri dari hujan. Bilik ni macam seram sikit. 



Aku saja nak cerita kat hampa, kalau hampa drive turun dari bukit, hampa kena letak gear rendah okay. Bertahun aku drive baru aku taw pasai benda ni. Oleh kerana aku letak "D" masa turun, sampai ja bawah brek aku tak makan langsung... Takot wey, menjerit kami dalam kereta.

Nasib baik dekat area situ ada kedai repair kereta, kena la bayaq rm20. Sarah dah pesan tapi aku ketegak tak mau ubah gear rendah.



Cuaca sejuk kat sini, tapi tak sesejuk Cameroon Highlands. Plus, masa kami p tu, tiba-tiba hujan pulak.




Ni benda terlarang untuk dibawa. 


Sekian sahaja cerita Gunung Jerai. memang berbaloi lah kalau nak buat daytrip ataupun nak hiking. So far aku belom hiking lagi sini sebab dook dengak banayk cerita hantu, takot pulak aku.


1 comment: