Monday, November 4, 2019

Hiking from Hye Keat to Penang Hill

Sapa tu Hye Keat ? Cina mana ni  ?...  Hye Keat ni adalah family friend aku, dia member mak aku masa depa sekokah rendah... Hahaha - okay aku tipu..

Name betoi dia ialah Khoo Hye Keat, iaitu pemilik estate sini. Dari estate sini boleh direct p Penang Hill. Hampa parking area restoren Xiang Le men, pastu hanya ikot lorong di sebelahnya.






Parking kereta dekat area titi ni, pastu jalan kaki ikot anak panah tu.
Address :  No. 32 C, Jalan Taman Cantik, 11500 Ayer Itam Penang


Ni antara pemandangan yang hampa akan tengok.
.
.
.
.



Trekking

Secara purata, hampa perlu habiskan lebih kurang 2-3 jam untuk sampai. Dan trekking-nya senang jugak lah. Cuma ada beberapa part jalan tu curam dan kena panjat-panjat sikit masa dalam hutan. Tapi jangan risau, depa dah buboh tali-tali apa semua.. 


Stupa.

Kalau hampa jumpa stupa nih, kira betoi lah trek hampa. Satu lagi, ada satu part jalan tu, akan keliru sikit. Memang kena tanya orang kampung situ bila terjumpa. 

Kami yang dah p beberapa kali pun, tanya jugak lagi sebab kami pernah terkena silap jalan.. Rugi sejam untuk patah balik, pastu sambung ke jalan yang benar.



Muiz yang hensem, masih single....

Big & Fat Animal.

Rehat.

Amiklah masa untuk rehat. Yang dok kalot-kalot tu hampa nak p mana ha setannn.




Muiz, Zalinah, Nis Cha, Ridhwan dan Ejump.




Hampa akan berjalan di tepi-tepi lereng kebun macam ni, memang best !


Cantiknya rambot deni...

Ayoooo akka, kadawaleii !



Dah habis bahagian lereng bukit, pastu masok hutan, pastu hampa akan jumpa stesen kereta api dan continue naik sampai puncak.







Entah lah, bila dah sampai dekat puncak, kami lupa ambil gambaq..Iaitu gambaq makan ais kacang apa semua dekat food court Penang Hill. Sapa yang nak p hiking sini, bawaklah ayaq dan makanan apa-apa ka dan paling penting, jangan start lewat sebab nanti kalau matahari dah terik tu dan hampa still lagi dok berjalan dekat lereng-lereng bukit, hangatttt wey !



1 comment:

  1. Maklumbalas penyataan pertama dalam blog post ni --- mak anggg

    ReplyDelete