Friday, May 24, 2019

Sri Lanka - Part 1 : Mandi toggei

Sri Lanka - Part 1 : Mandi toggei

Mai nak cerita dekat hampa sedikit sebanyak pasai percutian ke Sri Lanka. Ada satu benda yang kena bagi clear ialah, Sri Lanka BUKAN India ok, depa ini ialah satu kepulauan lain di bawah negara India dari sudut geografi.

Rupa paras nampak sama, tetapi bahasa dan tulisan lain-lain. Hat yang Sri Lanka punya dipanggil Singhala (bahasa, tulisan, bangsa)


Ni bendera Sri Lanka. Majoriti ialah beragama Buddha, minoriti ialah Islam dan jugak Kristian. Depa ni semuanya berbangsa dan berbahasa Singhala.




Haa tengok kedudukan negara Sri Lanka ni. Flight dari KL akan landed dekat Negombo (walaupun pada dasarnya depa akan tulis Colombo, konpius sikit)



Basically ni adalah route aku buat Negombo - Colombo - Kandy - Nano Oya - Elle - Galle - Mt Lavinia


Ni toilet rumah host aku. Rumah dia besaq tapi tengah renovate, jadi aku secara sukarela mandi dekat luaq.. Ada ja toilet dalam rumah. Host ni aku dapat dari Couchsurfing website.



Disebabkan rumah dia tengah renovate, aku saja la mandi dekat luaq. Jiran belah kanan dia ada anjing, masa aku dok mandi, anjing tu dok menyalak bila tengok aku..


Sapa kalau mau gambaq original, hampa transfer dekat aku duit dulu.
CIMB 7052 5982 23. Sapa bid harga paling tinggi depa dapat ! Mudah bukan pertandingan ni...






Ni temple area Negombo. Free entrance but kena bagi donation lah sikit.. Ikut suka nak bagi berapa







Ni makanan harian depa.. Honestly aku macam bosan sikit sebab memang selalu dok makan dekat Anandha Bahwan dengan Passion of Kerala dekat Penang.




Ni lah host aku. Hari tu dia mai Penang sebab meting pun dia kol aku. Kami jumpa balik.



Seterusnya aku stay di hostel ni dekat Colombo.




Masjid Dargah of Shaikh Usman Walyullah, jalan kaki dari hostel dan akan berjalan di depan general hospital depa.


Ni kedai dekat dengan train station. Kalau dekat sini, "HOTEL" bermaksud restaurant.








Colombo Train Station. Kiranya macam KL Sentral lah, semua tempat yang hampa nak p kena bermula dari sini dulu.



Aku satu hostel dengan Ana, orang pilipin.. dia dah banyak kali dan ramai kawan sini, jadi kami pun okay lah jalan sekali beberapa hari, first check point kami p Kandy.











Train ke Kandy memang menjadi kegilaan tourist sebab train ni akan melalui ladang teh, banyak air terjun dengan terowong. Masa dalam terowong, orang local akan menjerit kuat-kuat..Aku pun tak paham pasaipa, mungkin depa dok training vocal.












Oleh kerana Kandy ni tanah tinggi, ala-ala Cameron Highlands, makanya buah-buah kat sini sedap sedap belaka. AUMMMMM sangat.



Lepaih tu aku p buat social service, mengajaq english dekat sekolah international ni. Sepatutnya aku stay seminggu dekat sekolah ni, tapi disebabkan masalah sikit, aku stay sehari ja.





Ni kami p tokong Buddha untuk makan nasik, vegetarian taw ! Principal sekolah tu bawak naik kereta dia.






Ni jumpa lagi local host dari Couchsurfing.



Aku plan nak semayang raya kat sini, tapi katop pulak masjid. Lepaih tu baru aku taw yang depa sambut hari raya pada keesokan harinya, tak sama dengan Malaysia. Tah la fahaman apa depa ni.



Orang Sri Lanka sangat berdisiplin. Lintas ikut laluan yang disediakan, tak meludah di jalan, tak buang sampah, tak minum arak secara terbuka, tak isap rokok tempat awam. Bukan macam orang Penang, tohhhh semua ..





Deni awat ??






Stesen bas Kandy. Masa ni kami nak bergerak ke tempat lain dah.


Bersambung di Sri Lanka - Part 2






1 comment:

  1. Boleh tak cik terangkan...apa masalah berlaku di sekolah tu...

    ReplyDelete