Thursday, May 30, 2019

Tehran : Part 1 Imam Khomeni International Airport

Part 1 : Tehran

Kalau dulu AirAsia ada direct flight dari Kuala Lumpur ke Tehran, tapi lani takdak dah. Alternati-nya sekarang hampa boleh naik Oman Air (transit dekat Muscat), ataupun Qatar Airline (transit dekat Doha). Dekat Tehran (ibu negera Iran) airport depa nama Imam Khomeni International Airport, IKA.

Dari airport tu, sekarang dah ada direct train untuk ke bandar, dan dari bandar hampa boleh ke tempat seterusnya dengan menggunakan bas ataupun train.

Duit perlu ditukaq di airport, tempat lain jarang akan jumpa, jangan lupa beli simkad sekali kalau mau dekat situ. Contohnya kalau nak tukaq duit siap-siap dekat Penang pun tak dak, jadi dari Ringgit - US Dolar - Rial


Ini bendera negara Iran.




Makanan di dalam airport.


Tehran Metro Station.

Basically, metro dekat Tehran ni ada 7 link. Tengok picture dekat bawah ni :



Sumber google ( updated 2017 )

Aku amik bas dari Western Bus Terminal Tehran dan terus menuju ke Astara ( Iran ). Oleh sebab aku direct nak masuk negara Azerbaijan terus melalui jalan darat, makanya kena bersusah payah sikit lah.

Walaupun aku landed dekat Tehran, tapi aku tak explore Iran dulu sebab aku nak masuk Azerbaijan dan akan berpatah balik ke Iran.



Pemandangan semasa perjalanan dari Tehran ke Astara (Iran). Bandar yang bernama Astara ni jugak ada di Azerbaijan, iaitu depa sebelah-sebelah.





Bas. 

Amik picture sebab takut terlepas. Depa akan berenti rehat kat restoren macam mana ka.



Not bad bas depa.

Dalam bas aku ada sekali lelaki dari Finland, nama dia Simo. Kami team up sekali sebab dia pun nak p Baku (Azerbaijan). Selamat aku jumpa deni sebab dia boleh cakap Russian, dan orang Azerbaijan majoriti boleh cakap Russian. Pasaipa depa boleh cakap bahasa Rusia ? Tengok picture kat bawah ni.




Depa ni semua negara jiran. Makanya orang dekat sempadan ni semua boleh cakap bahasa dari negara sebelah la.



Simo dok sembang dengan driver Iran yang boleh bercakap Russian. Masa ni kami dekat Astara (di bahagian Iran) dan nak masuk ke Astara (di bahagian Azerbaijan)



Immigresan tak bagi masuk sebab dah lewat, jadi kami terpaksa cari hostel around Astara.


Untuk post surat.








Segar-segar buah dekat sini, dan manaihhh..




Sini pun ada vandalisme, ingat dekat KL ja ada.




Cara-cara buat falafel.






Falafel

Nampak macam meatball kan, malangnya bukan. Ni kira depa punya makanan kegemaran lah. Bola-bola tu ialah kacang parpu yang di-blend-kan, campoq rempah dan goreng.


Halal taw benda ni. Dekat Iran takdak alkohol.






Ini adalah Simo.




Sempadan. Aku berdiri di Iran, dan dibelakang tu ialah Azerbaijan.



Hostel di Astara, Iran.



Dalam hostel.


Kawasan sekitar hostel.



Kawasan immigresan.

Sambung part 2



No comments:

Post a Comment