Monday, May 27, 2019

Sri Lanka - Part 3 : Pesta tari menari

Sri Lanka - Part 3 Pesta Tari Menari

Dari Elle, hampa boleh nak train ke Galle, iaitu bahagian paling selatan di Sri Lanka. Kali ni train akan melalui persisiran pantai, best ooo... Kat sini aku stay dekat dengan pantai Unawatuna Beach.



Tapi aku tak mandi laut, tak eksaited. Hangat nak mampoih.



Nampak macam orang kaya kaya dok tepi laut minum just, sambil sambil bawak anjing jogging di pantai.



THIS IS LIVING yaww !





Unawatuna Beach.

Lawa wey Unawatuna Beach. Tapi just ada pantai ja lah dan ada satu restoren dekat sini. Kami makan sebijik pizza dalam RM50, aku makan sorang. Shit menyesai. Picture takdak, maaf.

Hampa nikmatilah pemandangan di bawah ini. Bukan aku google taw, gambar sendiri.









Tiang-tiang tu depa gunakan untuk duduk dan mencangkung sambil memancing ikan.



Nak naik tali ni bukan free..Kena bayaq.. Gila buat duit.



Pelancung dari China iaitu Ms Yeoh Hua Wei. Hahaha

Hampa jangan terkejut pulak nampak ornag dari Tanah Besaq kat Sri lanka ni, depa ada di mana-mana depa ni, sama ada travel atau bekerja. Untuk pengetahuan hampa lah kan, kerajaan Sri Lanka telah membuat satu pinjaman yang besar kepada China dulu, akhirnya depa tak boleh bayaq. 

Makanya, kerajaan China telah menawan dari segi pemilikan hartanah, projek-projek insfrastuktur dan jugak pelabuhan, hampa boleh rujuk dekat Youtube maklumat ni.



Galle Dutch Fort. 

Tempat ni dibina oleh Portugis dulu semasa menjajah Sri Lanka. Jadi, town sini pun ala ala Georgetown la buildings depa dan kawasan ni jugak telah diiktiraf sebagai Unesco Heritage. 



Sesuai dengan kedudukannya sebagai tempat perdagangan perkapalan.









Aku naik basikal dekat laut, memang keputusan yang paling bongok. Macam mana nak kayuhhh, pasiaqq. Dekat Sri Lanka ni, public transport memang murah namati selain tu ada jugak Grab.



Bicycle Hostel.


Rumate dari Japan.


Tengok kulit terbakaq.


Parade

Masa malam first dekat hostel tu memang macam ramai semacam orang local, lepaih sembang-sembang depa habaq, depa mai area sini sebab malamnya akan Gay Parade, lebih kurang 500meter dari hostel kami. Selepaih berbincang, kami ( iaitu aku, rumate japanese dengan sudanese ) pun ikot depa sebabnya kami bertiga dapat tiket free..

Jadi kami jalan kaki p Mount Lavinia Hotel bersama sama budak budak local tadi, ada dalam 10 orang semuanya. Tapi aku tak lah terkejut pun tengok, rasa sama macam dekat Jalan Chulia Street ja pun, cuma yang ni indoor.



Party yang membosankan.

Sebab apa membosankan  ?  Sebabnya ialah pesta ni macam takdak arah tuju, apa tentative pun tak taw, kira menari jaaaa macam orang gila. Mula-mula macam eksaited, lepaih tu serrrr, kami p lepak tepi laut belakang hotel ja.

Depa suka tengok orang warga asing mai, kiranya macam nak support event ni lah.. Tapi tu lah, merepeekkk. 


Ada kakak menari syok sendiri.


Dia nak jadi rama-rama tapi dok nampak macam kumbang busuk.



Sado kan badan tapi pakai dress..

Aku tak lah berani amik gambaq sangat, nanti nampak macam peqakk buihh tak pernah p party haiwan macam ni. So, kami just sembang-sembang bodoh ja lahh sampai habeh, lepaih tu jalan kaki balik hostel ramai-ramai.





Ni pantai di Negombo, sehari sebelum flight untuk balik ke Kuala Lumpur. Just lepak, baring lena....



Eeeeee..ni mee goreng yang tak sedap.


Dan lagi nasik gulai gulai ni semuaa...ayoooo



Menu last sebelum berlepas balik.


In total, aku habiskan lebih kurang RM900 (transport di Sri Lanka, makan, hostel) untuk trip kali ni selama 13 hari, tak termasuk tiket flight yaa..Tiket flight macam tak aci nak kira sebabnya ialah aku menggunakan tiket Family Rate dari sepupu aku yang kerja Malaysia Airline, terima kasih Abg Saiful, bila nka bagi lagi, HAHAHA..


Okay tamat cerita Sri Lanka.

No comments:

Post a Comment