Wednesday, May 22, 2019

Cameron Highlands : Mossy Forest

Hiking di Cameron Highland

Kami plan nak camping di Parit Buntar dan dah sampai pun dekat Ban Pecah, tapi dok main lai lai li tam plom..terioh p Cameron.
  Empat saitan bila berjumpa. Habisssss



Kami check in dekat hotel ala ala rumah buluh ni, nama D' Native. hampa bulih cari dekat laman sesawang. Tempat ni sempoi sebab tak ramai local. Owner pun meriahh nak mati, siap ada meja snooker.




Aktiviti pertama ialah makan di Restoren Tanah Abang Steamboat & Grill. Harga masa ni ialah
 RM 19.90 sorang.








Esoknya kami mula berjalan kaki. Disebabkan ni adalah Raya Haji, jadi dekat situ jemm nak mampoihh.. Basically kami jalan kaki macam dalam map dekat bawah ni.


Dari Tanah rata kami jalan kaki ke Brinchang dan ke Mossy Forest.Kalau sapa sapa nak hiking masok ke dalam Mossy Forest, better hampa naik jeep dari bawah, kalau hampa hiking dari bawah sampai ke tempat permulaan Mossy Forest, memang akan mati dekat situ jugak.






Masa ni baru mula. Semua happy lagi. Zalinah ni la yang lead. Asai tanya ja dia akan jawab " ala, sikit ja lagi sampai la ". Sebenaqnya kami berjalan kaki dari jam 11 pagi sampai lah pukoi 10 malam, dan hanya makan maggie waktu pagi, dan last sekali baru makan nasik.





Walaupun penat tapi view macam ni memang berbaloi.



Nak hiking dekat Cameron ni hampa kena bawak kelengkapan la. Sebab dengan cuaca yang sejuk (ikot musim), hampa kena standby ubat jugak, "sejuk peloh bergabong bersatu, meletop"



Deni dah bebai sedap tak dapat makanan.









 Penipu ja ni, signboard ja..tak jalan pun sampai dalam tu.








Tah la deni dok menjerit apa ka dekat kami.








Bitch in the jungle.




Kalau hampa nak santai santai, ada depa dok amik trip dari Brinchang atau Tanah rata naik ke puncak sini. Walaupun nampak dalam map macam tak jauh, disebabkan ketinggiannya dengan liku likunya, memang penat.







Di hujung hujung hiking ni kami empat orang dah tak berapa cakap sangat. Semua bebai dan semua kaki bergadoh, jadi kami diam. Penat, lapaq, peluh dan masa yang sama sejukkkk...





Perkampungan orang asli.


Ni jumpa orang Pakistan dekat hostel situ.


Pasaipa tak taw dok ada gambaq ni dalam fon.


PICK MINE !


No comments:

Post a Comment