Wednesday, January 22, 2020

Muzium Padi Alor Setar

Hampa nih hari hari dok makan nasik, tapi hampa taw kah macam mana beraih tu terhasil. Kita dok taw sikit-sikit lah kan. Dengan adanya Muzium Padi ni di Alor Setar ( dekat dengan Gunung Keriang ), hampa boleh la belajar pasai benda tu.. Tapi selepas aku p melawat, aku still tak paham jugak, mungkin otak aku macam slow sikit nak terima maklumat. 


Pemandangan grafik dari menara berputar.




Nak masok kena bayaq tiket RM 5 untuk dewasa, dan kanak-kanak pulak ialah RM 2.
Kat bawah ni aku letak link untuk muzium padi.



First impression bila masok ialah, lawa tempat ni dan sangat bersih. Pastu orang yang jaga dekat pintu apa semua senyumm ja memanjang dan paling penting depa pakai baju melayu. kemaih nampak.


Tangga naik ke menara

Benda pertama hampa akan tertarik ialah untuk naik tangga berpusing nih. kiranya kita akan menuju ke tingkat atas, tapi hiasan depa buat macam tangga ni ada di dalam gua, ataupun rasa macam ada dalam rumah hantu. BEST WEY  !!


Bila hampa sampai ataih tu, kiranya ada pelantar..Orang dok duduk ramai-ramai sambil tengok pemandangan. Actually pemandagan ni ialah 3D ja. Cuma platform tu akan berputar slow slow.. So hampa just duduk tengok pemandangan.. Dan apa perasaan hampa masa tu ?
.
.
Rasa macam maju sangat teknologi dekat melesia ni boleh buat macam tu.


Awat lah Sarah ni  ?




Tengok pemandgan #D, mula-mula aku teruja, pastu bosan...

Lepaih tu pn kami p lah pusing-pusing tempat lain dengan harapan nak belajaq macam mana beras terjadi



Ni antara alatan yang depa gunakan. 
Memang banyak depa letak dalam muzium ni..Kiranya macam revolusi of padi...


Jom tengok lagi beberapa alatan zamn dulu-dulu..dan aku pun tak ingat apa benda dah tu..
.
.
.






Ni pulak beberapa jenis beras. yang kita taw beraih faezah, beraih cap keluarga, cap sunshine..
Padahai semua tu salah


Kerbau paling nipis aku tengok dalam hidop.
.
.
.

Makanya, nasik adalah halal untuk dimakan okay


Okay, TV info ni paling mambuatkan kami semua naik darah.. Punya lama dok tercagak depan tu, tapi kami tak paham lagi proses kejadian padi sampai lah jadi beras. 
.
bukan apa taw, depa punya susunan info tu macam bercelaru sikit, sat tang sini, sat tang sana.. APADIAAAA  !!! Mohon edit balik bagi orang faham

Overall, yes..Hampa patot p Muzium Padi di Alor Setar ini. Tambah-tambah yang ada anak tu kan, bagi la depa tengok-tengok benda ni..Barulah nanti besaq depa hargai titik peluh seorang petani.

1 comment:

  1. saya ada anak
    habus covid insyaAllah kami bwk anak piiiii naaaaaa

    ReplyDelete