Friday, October 4, 2019

Jalan-jalan ke Pulau Aman


Mulanya, aku dengan ofismate aku p Ipoh sebab ada kenduri, jadi on the way balik, ninjiaa depa dok mesej dalam group habaq nak p jalan-jalan tapi tak taw p mana...

Kami pun plan nak p Ikea, tapi harammnyaa punya ramai kat sana, parking pon takdak.. Dah tu kami lajak lah p Pulau Aman. 

Mulanya, Jumie Samsudin yang beriya plan dengan depa, tapi Jumie tertidok sampai esok paginya.. Kesian. Tapi kalau hampa nak taw, Jumie Samsudin tu ialah seorang Youtubers ( lani dia ada 125 subscribers ), kalau hampa nak jumpa dia depan-depan, hampa kena sembahyang fardhu selalu di masjid usm, ada rezeki hampa akan jummpa dia...


Team Pulau Aman.


Tiket ialah RM 7 ( untuk dua hala ).


Tunggu feri.

Jeti untuk p Pulau Aman ni dekat ja dengan Stadium Batu Kawan. Jadi untuk sesat adalah sangat tipis. Dengan bantuan teknologi masa kini, hampa boleh cari dengan mudah. Parking kena bayaq okay, RM 5 kot (aku lupa).

Bersama taukey Tea Kadai - Faiz

Ni pulak taukey A Gaffor Martabak - Nizal


Faiz, Yazid ( kat belakang ), NisCha, Nizal, Nas dan Hariz.


Arash.

Ni mesti nak amik picture untuk buat profile kat Tinder.




Saiz bot yang kechil.

Hampa taw dak, Nizal ni punyalahhhhhhh tak mau berjalan. Haram betoi !!! Dari tapak parking ke Jeti pon dia punya dok merongotttt  !!! Dia hanya suka aktiviti golek-golek di ruang tamu sahaja, jalan kaki semua tak mau. Satu hari aku akan upah orang untuk pukoi dia.


Animal's outing


Kalau hampa nak taw, actually tak banyak benda pon kat Pulau Aman ni, ada restoren, gerai-gerai orang kampung kat situ, sekolah, homestay dan jugak public toilet.

Restoren pertama.

Bila hampa jejak ja kaki dekat jeti di sebelah Pulau Aman tu, akan ada restoren belah kiri hampa. Tapi kami nak ke restoren satu lagi, tapi katop pulakkk. Sebab depa habaq yang satu lagi sedap sikit, orang lah kataaa..


Rumah-rumah penduduk sana.


Antara yang menarik di Pulau Aman.

Kalau dengan Nizal ni, jangan haraplah nak berjalan-jalan pakai kaki.. Ayoooo, bila Nizal maki sebab penat dan berpeloh, mayat dari dalam kuboq pon boleh bangun balik sepakkk muka dia sekali pastu depa sambong masok kuboq.


Kuih dari orang situ, dia buat demo. Aku lupa kuih apa. (maaf, otak aku tak boleh simpan banyak maklumat sangat)


Kawad Kemerdekaan oleh Penang Bridgewater Women's Club. 


Nizal bersama muka roshommnyaaa... Hahaha


Aktiviti melaga cawan (haram ya kata cheers, yahudi ja buat). Kami sebut Bismillah.


Mee udang kuah asing.


Just biasa-biasa ja lah. Aku buat lagi sedap. Kuah ceroi. 

Mee goreng, pon sama..Boleh makan ja. Tak ummhhhh.






Haa hampa nampak dia angkat kening sebelah. Nizal ni kalau dia angkat kening sebelah bermakna dia tengok dok usharrr seseorang. Liar ya matanya.


Ahli yang buat taik last minit.

Tapi kami tak boleh kick dia dari group, sebab dia admin.. Lagi pulak dia ada data data kami semua dalam excel file...bahaya deni.


Selfie bersama Jumie.

Arash rindu kat Mok Jumie.

Kami tinggalkan plastik yang ada tulisan nama Jumie di meja. Bye bye Jumie.

Penunggu Pulau Aman dok bersedih atas pemergian kami.




Akhir kata, Pulau Aman ni best untuk kaki-kaki pancing atau yang nak tidok semalam amik angin laut macam tu, tapi tak sesuai untuk mandi taw sebab ayaq kat sana berkeruh.

Dan aku rasa depa tak jaga kebersihan dengan kelestarian ( haaa, nampak ayat orang pandai ).. Sebab nya depa boleh swasta kan benda ni supaya jadi satu tarikan. Buat p lah lampu-lampu, art's street ka apa kaaa supanya orang p sana. Dak pun bagi femes macam ice kacang kat ataih Bukir Bendera nuhh punya style.


Bye.

1 comment: