Sunday, January 19, 2020

Rumah kedua, Trang Thailand

Ni dah dikira kali ke 9 ka 10 tah aku p Trang, dan sejujurnya aku masih lagi rasa eksaited as always. Sebab apa hampa taw, sebabnya dekat Trang ni tak ramai mat saleh, tak dak club, pukoi 9 malam town ni dah slow down. kereta pun tak banyak.

Aku lagi eksaited bila nak p pasar malam depa. Kalau hampa nak taw, ada dua pasar malam, satu berhadapan dengan stesen kereta api, satu lagi dekat Market Centre Point. 

Hampa tengok lah makanan depa, meriahh nakharamm oiii !!



S2S Queen Trang Hotel

Hotel ni dalam RM60 macam tu ja, omaigadddd.. murah dan besaq weyy... siap ada sofa apa dalam bilik, dan yang best sekali, tingkap boleh bukak pastu hampa boleh keluaq lompat dudok kat balkoni. Sapa yang perangai cempera, tak payah dok buat.. Yang ini hanya lah aktiviti untuk yang manusia yang liar tapi masih mendegar arahan macam aku dengan Zalinah sahaja.

Dua gadis liar tapi masih mendengar arahan.




Ni lobi hotel.

Part yang paling best dekat Thailand ni bukan pondan ya, ..tapi MAKANAN   !!!!
Jom kita ushar.


Hampa order p lah nasik campok ka, laksa ka... Nanti depa bawak setalam mai ulam. Aku rasa peniaga street food dekat Thai ni ramai yang tak berkira taw. Depa boh ja segala rempah mak nenek supaya makanan depa tu sedap...Murah tapi sedap. !

Laksa berhantu !!! 3 kali kami tambah. Tak taw lah ganja depa ni buboh !!

Kerabu apa ka ada ikan bilis. 

Yang makanan dalam blog ni semua kami makan dekat pasar malam Market Centre Point. 



Steam Burger 7 Eleven.

Terima kasih kat Ejump yang suggest aku untuk beli beger ni dekat & E. Sedap namati weyyy... Tapi hampa beli lah ikan ataupun fish beger. jangan silap amik pulak pork beger.


Bas punya meriahhh !

Papan tanda.

Kalau dekat Indon kan, papan tanda macam ni akan dibuat daripada bunga hidop ataupun bunga palsu. Contohnya depa akan tulis selamat penganti baru. Kiranya, depa akan buat papan tanda besaq besaq boh tepi jalan bila hampa kawin ataupun ada kematian lah. nak bagi semua orang taw dan senang nampak.

Ok, sambung balik pasai makanan. 

Kerabu mangga.

Nindiaaa, pulut mangga. 



Nasi beriani ayam tanam, 

Menelan ayaq liyoq aihhh dok tuleh blog ni. !



Cucoq udang bersama rumpai laut.




Dugong.

Trang punya landmark ialah Dugong. Sebabnya ialah kat sini banyak dugong. Serius taw. Tapi tu dulu lah, lani dah kurang sikit dugong. Hampa p kat mana-mana area Trang ni, memang akan nampak logo dugong.

Okay, kita tengok makanan balik. 

Mee Kicap.


Cakap apa tak taw dia dengan sign board ni. Hahaha


Dekat trang ni, hampa wajib amik pakej snokling depa. Anggaran harga lebih kurang RM 100 untuk seorang. Hampa akan p ke 3 atau 4 pulau. Siap dengan makan depa akan bagi. Kiranya seharian jugaklah benda tu semua. 

Disebabkan masa p ni aku dok kalot dengan nak exam, jadi aku hanya stay dekat hotel dan baca buku. Hanya Zal ja yang p buat island hopping tu.. So, gambaq takdak nak bubuh.. Hahaha




Pengat labu. Sedapppppp wey !!!!!!


Sekian. bye bye. Semoga tulisan ni bermanafaat kat hampa

1 comment: